Saturday, June 2, 2012

Pos Betau



  • Ini merupakan kali pertama kami melalui Pos Betau untuk ke Cameron Highland.
  • Kami bertolak melalui Bentung-Raub-Sungai Koyan-Pos Betau
  • Ada info yang saya terima mengatakan jalan ini belum lagi diwartakan  sehingga hari ini, wallahualam. Sila semak dengan kerajaan. Panjang jalan pon tidak dapat tahu. Terlupa hendak 'set kilometer'
  • Dari simpang masok Pos Betau sehingga ke Cameron mengambil masa lebih kurang sejam. "Of course" bergantung kepada kelajuan anda.  
  • Apa yang menarik ialah pemandangannya disini yang memukau. Kita dapat melihat pokok-pokok yang sudah pastinya berumur ratusan tahun. Memang tinggi-tinggi belaka. 
  • Jalanraya pon cantik. Tiada lubang, kualiti tar yang bagus dan 'signboard' yang jelas. Harap2 di "maintain" dengan baik. 

No comments: